Wednesday, August 19, 2009

YouTube - matematika

Matematik

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan tekaan-tekaan(kemungkinan) baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

Pengetahuan dan gunanya matematik asas sentiasa ada sebahagian daripada sedia ada dan penting bagi individu dan kumpulan tertentu kehidupan. Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan kesusahan kemudiannya diperkenalkan oleh Greek purba. Pada setakat ini , pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.

Etimologi

Perkataan "matematik" dipinjam daripada perkataan bahasa inggeris iaitu "mathematics" sebenarnya berasal dari Yunani μάθημα (máthēma), yang bermaksud mempelajari, menimba, sains, dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman klasik. Kata adjektifnya adalah μαθηματικός (mathēmatikós), berhubung dengan pembelajaran, atau dipelajari, yang maksudnya lebih bermaksud mathematikal. Dalam perkara tertentu, μαθηματικὴ τέχνη (mathēmatikḗ tékhnē), dalam bahasa Latin ars mathematica, bermaksud seni matematik.

Bentuk jamak yang jelas di dalam bahasa Inggeris, seperti juga bahasa Perancis bentuk jamak les mathématiques (dan bentuk ambilan singular yang kurang digunakan la mathématique), berpatah balik kepada kata jamak neuter Latin mathematica (Cicero), berdasarkan kepada perkataan jamak Yunani τα μαθηματικά (ta mathēmatiká), yang telah digunakan oleh Aristotle, dan ia bermaksud secara kasar sebagai "semua benda adalah matematik".[1] Dalam bahasa Inggeris, bagaimanapun, kata noun mathematics mengambil bentuk perkataan singular. Ianya biasa dipendekkan kepada math dalam kawasan America Utara yang berbahasa Inggeris dan maths di tempat lain.

Monday, August 3, 2009

TAKWIM PANITIA MATEMATIK 2009

JANUARI
v Mesyuarat Panitia Kali - 1
v Mengemaskini TOV dan target pelajar

FEBRUARI
v Ujian Bulanan 1
v Kelas Pemulihan


MAC
v Teknik Menjawab Format PMR/SPM 1
v Kelas Pemulihan

APRIL
v Ujian Bulanan 2
v Semakan buku oleh Ketua Panitia
v Mesyuarat Panitia Kali - 2
MEI
v Peperiksaan Pertengahan Tahun
v Kelas Pemulihan

JUN
v Mesyuarat Panitia Kali - 3
v Semakan buku oleh Ketua Panitia

JULAI
v Ujian Bulanan 3
v Teknik Menjawab Format PMR/SPM 2

OGOS
v Peperiksaan Percubaan PMR
v Latih Tubi JUJ SPM

SEPTEMBER
v Pep Percubaan SPM
v Ujian 4

OKTOBER
v Pep. PMR

NOVEMBER
v Pep. SPM
v Pep. Akhir Tahun(Tgktn 1,2,4)

Tuesday, July 28, 2009

Bengkel Matematik PMR 2009

Hari : Sabtu
Tarikh : 23/05/2009
Tempat : Makmal Kimia 2
Peserta : Pelajar Potensi Tingkatan 3 dan guru-guru matematik
Fasilitator : Pn. Wan Zuwairisah
Pn. Zulina
Pelajar-pelajar tengah kusyuk mendengar petua-petua dan penerangan dari Pn. Zuwairisah sebelum cuba menyelesaikan soalan-soalan matematik PMR tahun-tahun lepas sambil di pantau oleh guru-guru matematik yang lain.

Tuesday, July 7, 2009

Bengkel Matematik SPM 2009

Panitia Matematik akan mengadakan Bengkel Matematik SPM :
Tarikh: 11 Julai 2009
Hari: Sabtu
Tempat: makmal kimia 1, SMKTP.
Kumpulan Sasaran: 5A1, 5A2,5A3,5D,5S5.
Penceramah: En. Razali Abdul Rahman.
Penglibatan: Semua guru Matematik.(sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan)

Pelajar-Pelajar tingkatan 5 tengah kusyuk mendengar petua-petua dan nasihat serta tujuk ajar dari penceramah jemputan En. Razali yang berpengalaman selaku ketua pemeriksa SPM. Pelajar nampaknya tak akan melepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan tunjuk ajar dan petua dari En. Razali.

Selepas mendengar penerangan dan tunjuk ajar, pelajar bertungkus-lumus cuba menjawab soalan yang di sediakan oleh En. Razali. Pelajar nampak bertambah yakin kerana dapat menjawab soalan yang diberi dengan baik selepas menggunakan petua yang diberikan... Taniah..